Sunday, January 11, 2009

Cinta & Persahabatan..


Antara cinta dan persahabatan andainya aku diberi pilihan memilih diantara keduanya, pastinya akan ku pilih diantara keduanya… kerana ia sama ertinya dan bernilai dalam hidupku….




Cinta ialah satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya, kerana disebalik keindahan cinta itu, tersirat seribu kepahitan yang pastinya akan merentap kedamaian jiwa seorang pecinta setia tatkala ikatan diundang kekecewaan.. namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang mempunyai hati dan perasaan.. hakikat yang tersimpan disebalik anugerahan ini tak terungkai dengan bicara dibibir.. tak tergambar dengan lakunan, begitu syahdunya kurniaan ilaki lahirnya dari hati seorang insane berakal, emosi..penyayang dan berperasaan..



Persahabatan.. satu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas, bagi berkongsi tangis dan tawa.. kasih saying.. serta keakraban.. sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya tentang impian dan pengertian hidup ini…

Persahabatan yang murni dan suci, adalah perhubungan di sulami dengan benang kejujuran, diwarnai dengan kihklasan… dicurahi dengan kasih sejati… sekiranya terjadi gunting dalam lipatan, rosaklah tempok kehuluran sebuah persahabatan…



Jiwaku yang murni… kita bina tugu persahabatan yang di pagari besi kedewasaan, yang teguh berdiri megah di laman hati kita.. tak tumbang dek rintangan… hanya satu yang ku pinta darimu, agar kau sentiasa mengingati diriku…

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com